PINTAR Anakku Junior

 

Sistem pendidikan hari ini memerlukan anak-anak bersaing bagi mendapatkan tempat yang terbaik. Ibu bapa juga bersemangat dan bertungkus lumus menyediakan yang terbaik dari awal usia tadika lagi melalui bimbingan tambahan bagi memantapkan kualiti diri dan kemahiran. Dengan kelas dan suasana pembelajaran yang selesa dan kondusif untuk para pelajar, selain dari penyampaian yang menarik , bermotivasi dan menggalakkan dalam bentuk aktiviti, anak anak usia pra 6 – 9 tahun ini mampu memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap proses pembelajaran.

Selain itu, ianya mampu untuk membendung pelajar daripada terlibat dengan gejala-gejala negatif seperti main game, menonton television , bermain telefon , melepak secara berlebihan dan tanpa kawalan. Hal ini kerana masa yang terluang telah diisi dengan waktu pembelajaran di kelas bimbingan al-muhsinin sudah tentu menjadi pilihan terbaik untuk anak-anak.